Pakar jantung yakin Azizulhasni mampu lakukan ‘henjutan maksimum’ buru pingat emas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang diyakini mampu melakukan henjutan maksimum dalam misi memburu pingat emas acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula esok.

Pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon yang turut berada di Paris bagi memantau keadaan Azizulhasni, berkata kesihatan pelumba berusia 36 tahun itu dalam keadaan baik biarpun mengharungi perlumbaan berintensiti tinggi dalam acara pecut individu kelmarin.

Cabaran Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman dalam acara pecut individu bagaimanapun berakhir di pusingan ketiga selepas tewas kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.

Menurut Dr Jeffrey, Azizulhasni adalah individu istimewa apabila mampu pulih daripada masalah jantung dalam tempoh singkat untuk membolehkannya menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya, Azizulhasni sudah memenuhi segala ujian kesihatan yang ditetapkan pakar perubatan dan dijangka tidak akan berdepan sebarang kekangan jika mahu melakukan henjutan maksimum dalam usaha membawa pulang emas bagi acara keirin.

“Sukan disertai Azizul berkaitan dengan intensiti tinggi iaitu memerlukan seluruh anggota badan di tahap optimum termasuklah otot, jantung, mental dan fizikal.

“Selepas pembedahan, Azizul sudah menjalani beberapa ujian dan membabitkan rehabilitasi sebagai seorang yang baru menjalani pembedahan dan fasa kedua sebagai seorang atlet yang elit. Dia sudah capai kedua-duanya dengan baik.

“Dia memang seorang yang istimewa kerana tahu apa yang perlu dan sangat fokus. Disebabkan kekuatan yang ada pada dirinya berjaya mencapai semua sasaran yang ditetapkan untuk pulih, malah lebih awal lagi,” katanya ketika ditemu bual menerusi segmen Bekpes Hot di stesen radio Hot FM, pagi tadi.

Pada April 2022, Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Selain Azizulhasni, cabaran skuad berbasikal trek negara dalam acara keirin lelaki turut akan digalas Muhammad Shah Firdaus Sahrom. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat