Hutang negara akan mula menurun 2027, lain kali baca dulu sebelum tembak – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tampil memperjelas dan memperincikan isu hutang negara semakin berkurang yang menjadi pertikaian dikalangan pembangkang dan masyarakat amnya.

Rafizi malah memaklumkan jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang.

“Anwar Ibrahim spin lagi pasal hutang negara, kata walaun! Setiap kali kerajaan berkongsi maklumat mengenai usaha mengurangkan hutang negara, ia akan diperlekehkan penyokong pembangkang.

“Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar maklumkan bahawa jumlah hutang baru berkurang setiap tahun setelah Kerajaan Madani mengambil alih.

“Hutang baru yang diambil kerajaan dijangka turun kepada RM86 bilion untuk 2024, berbanding RM93 bilion dalam 2023 dan RM100 bilion dalam 2022.
Maka kecohlah pakar ekonomi Tiktok, konon ini satu penipuan kerana kata mereka, jumlah hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan semakin bertambah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru Rafizi berkata, beliau selalu terangkan bahawa pada masa kerajaan komited kurangkan hutang baru setiap tahun.

Hal ini katanya, kita masih perlu membayar hutang-hutang yang diwarisi.

“Jadi jumlah hutang tahunan itu perlu mengambil kira bayaran hutang terdahulu setiap tahun.

“Tempoh matang hutang kerajaan selalunya antara 3 ke 5 tahun, ada yang lagi panjang dari itu.

“Berikut adalah profail hutang terdahulu yang perlu dibayar kerajaan sekarang: 2023 – RM78 bilion; 2024 – RM97 bilion; 2025 – RM89 bilion
dan 2026 – RM97 bilion,” katanya.

Maknanya, Rafizi menjelkaskan hutang-hutang yang diambil oleh kerajaan terdahulu kini perlu dibayar oleh kerajaan sekarang.

“Walaupun ekonomi makin baik, cukai yang dikutip lebih tinggi, tapi oleh kerana tempoh matang hutang terdahulu perlu dibayar, jumlah hutang keseluruhan masih nampak tinggi.

“Sebab itu, prestasi mengurangkan hutang perlu diteliti juga dari segi jumlah baru hutang tahun yang diambil oleh pentadbiran sekarang, seperti yang dinyatakan oleh Anwar,” jelas beliau.

Maka kata Rafizi, dalam tempoh dua tahun mentadbir, hutang baru tahunan telah berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion, iaitu RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM100 bilion dalam 2022.

“Jika prestasi ini dapat dikekalkan, jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang.

“Lain kali, kalau kurang faham, bacalah dulu,” tegur Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat