Gabungan GTA Tak Beri Kesan, Disertai Parti Bukan Dominan – PAS

- Advertisement -

KOTA BHARU – PAS menyifatkan penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) yang turut disertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), tidak memberi kesan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata gabungan dalam GTA itu bukanlah daripada parti dominan.

“PAS tidak akan menyertai GTA memandangkan kita sudah mempunyai gabungan sendiri. Saya juga tidak nampak GTA akan beri satu kesan yang besar pada PRU-15 nanti.

“Malah, saya ingin seru kepada GTA supaya bergabung dengan parti yang memberi kepentingan serta membela rakyat untuk kestabilan negara kerana perpecahan tidak akan membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMK Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan GTA, iaitu sebuah gabungan bertujuan memperkasa kaum Melayu, terutama dalam bidang ekonomi.

Katanya, sebagai permulaan gabungan itu dianggotai oleh parti PEJUANG, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Sementara itu, ketika ditanya pemilihan calon PAS pada PRU-15, Takiyuddin berkata isu calon tidak menjadi masalah buat parti berkenaan.

“Kita lihatlah nanti, ada gabungan antara orang lama dan orang baru serta pelbagai latar belakang,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat