Aktiviti Daki Gunung 457 Meter Ke Atas Wajib Guna MGP Mulai Tahun Depan

- Advertisement -

MELAKA – Mulai tahun depan, semua aktiviti pendakian di hutan simpan kekal yang berisiko di seluruh negara akan diwajibkan penggunaan khidmat malim gunung perhutanan (MGP).

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung, Datuk Mohd. Ridza Awang berkata, aktiviti pendakian yang diwajibkan menggunakan MGP dikhususkan kepada bukit atau gunung berketinggian melebihi 457.2 meter.

Menurutnya, garis panduan yang telah disediakan sejak tahun lalu itu mengguna pakai nisbah seorang malim kepada tujuh pendaki yang mana ia dibuat atas faktor keselamatan.

“Dengan adanya seorang MGP yang terlatih bagi setiap kumpulan yang melakukan pendakian, kita jangka dapat meminimumkan risiko berlaku sesuatu kemalangan.

“Jika sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku, ada malim yang mengiringi mereka mampu bertindak berpandukan kepada situasi.

“Tahun ini sahaja lebih 400 kes melibatkan kemalangan berlaku ke atas pendaki melibatkan kawasan hutan simpan kekal dan ia perlu ditangani,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas MGP Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ridza berkata, semua pengarah perhutanan negeri telah diarahkan untuk mengenal pasti hutan simpan kekal berisiko yang perlu menggunakan khidmat MGA.

Bagi Melaka katanya, dua lokasi dikenal pasti adalah Gunung Melaka di Asahan dan Bukit Batu Lebah, Jasin akan mula dikuatkuasakan selepas mendapat nasihat dan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat.

“Apabila kawasan berkenaan telah dikenal pasti barulah perkara tersebut akan dimaklumkan kepada seluruh pendaki, daripada segi penggunaan malim gunung di kawasan yang telah ditentukan nanti.

“Kita cadang ia akan dikuatkuasakan tahun depan, namun ia perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat