Aku Isabella jadi pilihan

- Advertisement -

Aku Isabella ciptaan Ell Rock dan Raja Faizal menjadi pilihan kedua band The Sil selepas melancarkan single pertama mereka di Malaysia berjudul Yang Enak.

The Sil yang dianggotai Sablem (penyanyi, gitar), Rio (dram), Zella (penyanyi undangan) dan Ell Rock (penyanyi, gitar utama) berasal dari Jakarta, Indonesia kecuali Ell Rock yang berasal dari Kuching, Sarawak. Mereka kini dikatakan sedang membina nama di Indonesia dan untuk lagu terbaru ini mereka berganding dengan Zella yang juga penyanyi baru.

Raja Faizal yang mencipta lagu itu berkata, Aku Isabella dengan genre pop balada dihasilkan dengan lebih komersial, ‘easy listening’ dan judulnya juga lebih kepada genre alternatif rock.

Raja Faizal yang bernaung di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd pernah menciptakan lagu untuk Handy Black (Setia Cinta), New Boyz (Sahabatku) dan juga lagu raya untuk penyampai radio Suria FM sebelum ini iaitu Halim Othman, Linda Onn dan DJ Lin berjudul Suria Di Pagi Raya dan Sebulan Berhari Raya.

Lagu pertama ciptaannya ialah untuk kumpulan Candy pada 1998 berjudul Racun Pujangga.

Raja Faizal dan Ell Rock mentafsirkan lagu Aku Isabella adalah jawapan watak Isabella itu kepada kumpulan Search.

 

THE Sil mahu dikenali dengan Aku Isabella.
THE Sil mahu dikenali dengan Aku Isabella.

 

Ia dirakam di NTBH Records, Bekasi, Jakarta.

“Dengan bakat dan ‘skill’ hebat anggota The Sil, maka terhasillah lagu ini. Awalnya ahli kurang setuju kerana sudah beza jalur muzik yang dimainkan sebelum ini, namun ia menjadi apabila diberi panduan dan melodi.

Lagu ini juga dikatakan diinspirasikan daripada karya Datuk M.Nasir,” kata Ell Rock.

Sementara itu, Zella yag berasal dari Malang, Jawa Timur pernah menghasilkan single ciptaan Ell Rock berjudul Your Smile On Eyes.

“Berbicara mengenai lagu Aku Isabella, Zella berkata, ia lagu yang bagus dan dia bahagia apabila lagu itu dipasarkan di Malaysia,” katanya.

Lagu berkenaan diedarkan oleh Luncai Emas untuk jualan digital dan video klip rasmi Aku Isabella sudah dilancarkan di YouTube rasmi Luncai Emas pada 7 Julai lalu.

Dalam tempoh dua minggu ia mencatat jumlah tontonan memberangsangkan iaitu lebih 200,000.

The Sil berharap Aku Isabella dapat memberi warna dan nafas baru dalam memenuhi katalog lagu-lagu di Malaysia dan seterusnya mampu memberi impak dalam mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun atas platform industri seni muzik serantau.

 

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat