Rakyat Rindu Zaman BN, Dakwa Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan raya umum bukan platform untuk rakyat melakukan eksperimen apatah lagi memperjudi masa depan.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kini sebahagian besar rakyat amat merindui pentadbiran dominan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana BN adalah harapan sebenar rakyat.

Pengerusi BN itu mengatakan, sebahagian kita pernah tersilap menaruh pengharapan kepada kepalsuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Natijahnya amat besar, merimaskan lagi memusnahkan. Ibarat yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

“Keuntungan diinginkan daripada janji bulan dan bintang tidak menjelma, sebaliknya menghilangkan kemakmuran yang dikecapi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bukan cuma itu, Zahid berkata impak yang dialami ialah ketidakstabilan politik, kerosakan ekonomi negara, kemunduran ekonomi rakyat, dan kemorosotan kesejahteraan antara kaum.

“Kesilapan namun bukan berpunca daripada mereka yang tersilap, sebaliknya berpangkal oleh yang bijak memperdaya.

“Bagaimanapun kegagalan negara bagi tempoh 22 bulan dan 17 bulan telah memberi iktibar paling berharga buat mereka. Bahawa pengharapan sesuatu yang amat besar ertinya dan tidak boleh sewenang-wenang dieksperimen apatah diperjudi.

“Pengharapan perlu berpaksi kepada rasional, logik, berfakta dan seboleh-bolehnya pernah terlihat,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Malah Presiden UMNO itu juga meyebut, itu antara faktor sebahagian besar mereka yang terpedaya telah kembali kepada BN.

“Mereka mengembalikan pengharapan kepada BN untuk memulihkan apa yang telah mereka kehilangan suatu ketika dulu.

“Kemenangan BN dalam banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka menzahirkannya. Barangkali mereka sedang mengalami perasaan itu iaitu sesuatu baru terasa berharga apabila sudah kehilangannya.

“Kini sebahagian besar rakyat amat merindui pentadbiran dominan kerajaan BN kerana BN adalah harapan sebenar rakyat. Maka menjadi tanggungjawab BN untuk memenuhi aspirasi rakyat mengembalikan kemakmuran dan kestabilan pada PRU-15,” dakwa Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat