Siti Sarah layak beroleh syahid akhirat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, akibat COVID-19 sebagai syahid akhirat.

Asyraf menjelaskan, selain virus COVID-19, faktor Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak, membolehkan pemergian penyanyi kesayangan ramai itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.

Asyraf mengajak umat Islam sama-sama berdoa agar Allahyarham Siti Sarah beroleh syahid akhirat. Foto IG Imam Muda Asyraf
Asyraf mengajak umat Islam sama-sama berdoa agar Allahyarham Siti Sarah beroleh syahid akhirat. Foto IG Imam Muda Asyraf

 

“Syahid terbahagi kepada tiga peringkat iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia serta syahid akhirat. Syahid kategori pertama ini hanya untuk mereka yang terkorban dalam medan peperangan fisabilillah.

“Syahid kedua iaitu syahid dunia adalah untuk mereka yang pada zahirnya terbunuh dalam peperangan, tetapi sebaliknya, diselubungi nawaitu yang tidak jujur atau dipaksa.

“Syahid ketiga iaitu akhirat apabila kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya.

“Dalam kes Siti Sarah, Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan virus COVID-19 dan baru melahirkan anak. Maka, kita boleh kata Allahyarhamah tergolong dalam syahid akhirat,” katanya kepada BH Online.

Asyraf yang juga juara musim pertama Imam Muda berkata, individu yang tergolong dalam syahid akhirat akan diberi ganjaran dan kemuliaan Allah SWT di akhirat.

“Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti.

“Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham tergolong dalam syahid akhirat,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang juga kenalan rapat Allahyarham Siti Sarah mengagumi keperibadian penyanyi itu.

“Saya mengenalinya sudah lama, iaitu sejak arwah bujang lagi. Banyak perubahan dan hijrah yang dilakukannya bersama suami.

“Arwah sangat baik dan pada penghujung hidup, suka mendahulukan orang lain dalam segala segi. Seperti kata suaminya, arwah memang suka tolong orang,” katanya.

 

 

Memahami emosi mereka yang kehilangan insan tersayang, Dr Mohd Fadzilah berharap suami penyanyi itu, Shuib Sepahtu dan ahli keluarga tabah serta sentiasa berdoa agar diberi kekuatan menghadapi dugaan itu.

“Saya faham ramai yang akan terkesan terutama suami, anak-anak dan ahli keluarga lain. Pesan saya, bacalah doa berkaitan ketika diri ditimpa musibah dan kena reda dengan apa yang berlaku.

“Kita tahu, arwah sangat disayangi bukan sahaja dalam kalangan keluarga, malah orang di sekelilingnya.

“Namun, kita harus ingat, Allah juga amat menyayanginya. Maka, Allah ambil arwah ketika sedang sakit sekali gus dosanya terampun,” katanya.

Malam tadi, Dr Mohd Fadzilah turut menyampaikan tazkirah pada majlis bacaan Yassin dan doa selamat secara virtual untuk Allahyarham Siti Sarah.

Selepas lebih 48 jam bertarung nyawa, Siti Sarah, 36 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi tadi.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan Shuibu di Instagram (IG).

Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar pada jam 5 petang, Jumaat lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat