Shuib pakai PPE solat jenazah arwah isteri

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu bersyukur diberi kesempatan menunaikan solat jenazah buat arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), pagi ini.

Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa berkata, Shuib bersama beberapa ahli keluarga perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika solat jenazah dilakukan.

“Pada peringkat pertama, saya bersama dua wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) akan menyempurnakan jenazah dengan kaedah tayamum sebelum solat jenazah.

“Kemudiannya, barulah Shuib bersama ahli keluarga diberi kesempatan menunaikan solat jenazah sekali lagi, namun dibekalkan dengan PPE kepada mereka,” katanya kepada BH Online.

Jenazah arwah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

Shuib berkata, dia bersyukur diberi peluang menunaikan solat jenazah untuk arwah isterinya.

“Alhamdulillah, arwah juga akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah ibunya,” katanya.

Shuib bersyukur Allahyarham Siti Sarah dapat dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah ibunya. - Foto IG Shuib Sepahtu
Shuib bersyukur Allahyarham Siti Sarah dapat dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah ibunya. – Foto IG Shuib Sepahtu

 

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di ICU, HCTM akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh Shuib sendiri di laman Instagram (IG).

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu berada dalam keadaan koma selepas dan bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat