Robot Gundam Gergasi Dan Boleh Bergerak Yang Siap Dibina Ini Bakal Jadi Tumpuan Pelancong

- Advertisement -

Pada awal tahun, Jepun telah dikhabarkan akan tampil dengan Gundam Factory pertama di Yokohama menjelang tahun 2021. Peminat Gundam pastinya teruja dengan perkhabaran tersebut.

Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19, figura Gundam iaitu model RX-78-2 dalam skala sebenar telah berjaya siap dibina. Bagi anda yang tidak tahu, model Gundam ini bukan hanya memiliki saiz sebenar tetapi ia juga boleh bergerak.

Model Gundam ini pastinya akan menjadi tarikan utama pengunjung ke Gundam Factory kelak. Pada 29 Julai 2020, satu upacara jotoshiki (acara pemasangan kepala) telah dianjurkan apabila priest Shinto memberkati kepala Gundam seberat 55,000 paun sebelum dicantumkan bersama badannya.

Akhirnya model Gundam ini telah lengkap dan hanya perlu menantikan masa pelancaran Gundam Factory dalam bulan Oktober. Sudah semestinya Gundam Factory ini antara destinasi pilihan ramai untuk berkunjung jika ke Jepun.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat