Niat Perlecehkan Barista Berbahasa Malaysia, Aduan Lelaki Cina Ini Dikecam Hebat Netizen

- Advertisement -

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan mencerminkan jati diri bangsa Malaysia. Tidak kira kaum di Malaysia seharusnya faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Baru-baru ini muncul isu dimana seorang lelaki Cina, Robert Jonathan telah membuat aduan dalam satu group di Facebook dan mendapat perhatian ramai terutama sekali dalam kalangan netizen kaum Cina.

Menerusi perkongsian Robert tersebut dalam group membuat aduan bahawa pelayan Starbucks kaum Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya hanya menggunakan bahasa Melayu ketika mengambil pesanan kawannya dari China. Tambahnya, kawan beliau menggunakan bahasa Inggeris untuk membuat pesanan kopi.

Berikutan perkongsian itu, rata-rata netizen terutama sekali kaum Cina menyelar aduan yang dilakukan oleh Robert. Para netizen berpendapat bahawa sebagai rakyat Malaysia sudah seharusnya Robert tahu untuk berbahasa Melayu dan boleh jadi penterjemah kepada kawannya itu.

Screenshot 2020-08-09 at 10.24.40 AM

Para netizen berpendapat bahawa Robert Jonathan sepatutnya berasa malu kerana tidak boleh menjadi tauladan rakyat Malaysia yang baik. Menerusi perkongsian tersebut, pastinya dapat membuka mata kita bahawa orang Cina Malaysia juga sayang akan bahasa Melayu dan tidak akan pandang sebelah mata apabila berlaku perkara seperti ini.

Apakah pandangan anda sebagai rakyat Malaysia berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dan isu yang dibangkitkan ini?

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat