‘Menyorok sebab malu orang nampak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Demi meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi, Reyhana Yunus tidak kisah melakukan pelbagai jenis pekerjaan.

Reyhana yang dicungkil bakat melalui Bintang RTM 2007 dan One In A Million pada 2009, pernah menjual sambal, menyanyi di lounge dan bekerja di meja penyambut tetamu di sebuah hotel.

Ketika ini, penyanyi berasal dari Sabah ini menjual pakaian terpakai atau ‘bundle’ di Ampang.

Reyhana berkata, suaminya, Muhammad Azrul, terlebih dahulu menceburi perniagaan pakaian terpakai.

Reyhana mendapat bimbingan suami dalam menguruskan perniagaan pakaian terpakai di Ampang. Foto Ihsan Reyhana Yunus
Reyhana mendapat bimbingan suami dalam menguruskan perniagaan pakaian terpakai di Ampang. Foto Ihsan Reyhana Yunus

“Selain menjadi jurulatih kecergasan sambilan, suami ceburi perniagaan ‘bundle’. Saya ikut jejak langkahnya. Dia banyak membantu dengan pengalaman dimiliki,” katanya kepada BH Online.

Reyhana berkata, dia tidak malu menjadi peniaga pakaian terpakai.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan saya mula terjejas. Jadi, saya perlu fikir alternatif untuk terus hidup…. Janji, rezeki saya dapat adalah halal,” katanya.

Reyhana sedar nasib diri dalam dunia nyanyian belum menyebelahi, namun, dia kuat semangat.

“Saya pernah fikir dunia hiburan ada kala tidak adil. Apa yang saya buat tidak menjadi. Saya pernah balik kampung sebab tiada ada tawaran menyanyi sampai ada terfikir saya merajuk.

“Ketika sudah menjadi artis, saya pernah bekerja di sebuah hotel selama setahun. Ada ketikanya, saya pernah menyembunyikan diri sebab malu ada yang mengenali saya.

“Malah, teman artis pernah terserempak saya bekerja di hotel berkenaan,” katanya yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azrul.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat