Guna jentera kerajaan ketika kempen pilihan raya, menteri atau agensi kerajaan berdepan tindakan disiplin – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan ketika kempen pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri sudah memutuskan sebarang penggunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Sebaik selesai hari penamaan calon, menteri atau timbalan menteri tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen. Kalau ada bukti tentunya kita ambil tindakan wajar.

“Saya tidak berdolak dolak sama ada sebelah sini (kerajaan) atau sana (pembangkang).

“Jika ada menteri atau agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan, ia sudah langgar komitmen Jemaah Menteri dan tindakan mesti diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Haji Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat