‘Wira Lautan’ Terima RM200 Seorang Bantuan Prihatin Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Seramai 3,133 orang nelayan di Pahang menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Fasa 2 sebanyak RM200 seorang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, 3,133 orang nelayan tersebut adalah ‘Wira Lautan’ yang tidak didendang yang sanggup berjuang di tengah lautan.

Menurut Wan Rosdy, sebanyak RM626,600 diperuntukan kepada Kluster Nelayan tersebut.

“Kerajaan Negeri Pahang amat menghargai pengorbanan wira-wira yang tidak didendang yang sanggup berjuang di tengah lautan iaitu golongan nelayan.
Juateru, pada petang ini, saya menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022, Fasa 2, bagi Kluster Nelayan.

“Seramai 3,133 orang nelayan  di negeri ini telah menerima RM200 setiap seorang dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM626,600 ringgit.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyumbangkan RM10,000 kepada setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) bagi daerah Kuantan, Pekan, dan Rompin.” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak RM20,00 diberi kepada Persatuan Nelayan Negeri Pahang.

“Bantuan yang diberikan ini adalah sebagai penghargaan atas pengorbanan golongan nelayan yang merupakan tulang belakang sektor perikanan yang menyumbang kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

“Di atas jerih perjuangan mereka di lautan, kita menikmati hasilnya di daratan.” katanya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat