UMNO Bahagian Tanah Merah Digantung

- Advertisement -

MACHANG: Gara-gara campur tangan pihak ketiga daripada parti lain, UMNO Bahagian Tanah Merah dikenakan tindakan penggantungan berkuatkuasa 16 Jun lalu.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Umno adalah parti besar dan tidak perlu dikawal oleh pihak lain.

“Terdapat juga dakwaan mengatakan terdapat ramai ahli hantu atau ahli paksa. Mereka katanya tidak mengetahui menjadi ahli UMNO sejak bertahun lalu.

“Apa yang berlaku ini memalukan parti dan jelas amalan tidak sihat. Prinsip saya jelas UMNO perlu diurus sendiri oleh pasukan UMNO dan tidak perlu kepada campur tangan pihak luar,” katanya pada sidang media selepas hadir Program Jom MSPO Bersama Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi MPOB berkata demikian ketika ditanya punca UMNO Bahagian Tanah Merah dikenakan tindakan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk mengantung UMNO Bahagian Tanah Merah pada 16 Jun lalu, namun tidak menyatakan alasan penggantungan tersebut.

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya mendapati campur tangan itu turut berlaku di peringkat cawangan melibatkan hampir 80 peratus cawangan di bahagian itu.

“Hampir 80 peratus cawangan berlaku masalah campur tangan pihak ketiga. Ada yang didaftar untuk merebut jawatan dalam bahagian supaya cawangan berkenaan dikuasai oleh kelompok tertentu.

“Susulan penggantungan itu setakat ini kita sudah melantik seorang pegawai pemantau bagi memastikan bahagian itu boleh bergerak seperti biasa.

“Kita belum menubuhkan jawatankuasa sementara kerana setiap orang yang dilantik perlu dipastikan benar-benar setia dan patuh kepada parti. Kita tidak mahu tersalah pilih yang boleh menjadi tanggapan buruk kepada ahli yang lain,” kata Ahli Parlimen Machang itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat