Parti AMANAH Bahagian Labuan Bubar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima tamparan hebat apabila semua jentera parti itu Bahagian Labuan mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta merta.

Kesemua mereka memberikan alasan layanan tidak adil oleh pemimpin parti pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu.

Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada Amanah Bahagian Labuan.

“Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri …kami sudah tidak yakin dengan masa depan Amanah dan perjuangannya untuk membela rakyat,” katanya pada sidang media, hari ini.

Peletakan jawatan secara mengejut itu turut melibatkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran AMANAH Bahagian Labuan.

AMANAH melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,576FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat