Pengambilan Baru Pekerja Asing Dihentikan – Menteri

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan menghentikan pengambilan baru pekerja asing termasuk dari Bangladesh buat masa ini bagi mengelak Malaysia menjadi tempat longgokan atau pembuangan pekerja asing selepas ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata, keputusan itu telah dijelaskan dalam pertemuannya bersama Pesuruhanjaya Tinggi Bangladesh hari ini.

Menurut M.Saravanan, beberapa perkara dibincangkan dalam pertemuan itu khususnya keputusan kerajaan Malaysia tidak membenarkan kemasukan mana-mana pekerja asing yang baharu ke negara ini.

“Oleh kerana kita lihat keadaan semasa yang mana pekerja asing berpermit yang sedia ada sekarang berisiko kehilangan pekerjaan akibat kelembapan ekonomi akibat Covid-19, kita akan menyelaraskan dulu pekerja asing sedia ada.

“Maka oleh demikian kita tidak akan membenarkan pekerja asing masuk dalam masa terdekat ini kecuali beberapa sektor tertentu, perlombongan dan pembantu rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, setelah mengambil kira penularan Covid-19, kementeriannya merasakan terdapat keperluan untuk memberi perlindungan kepada pekerja asing sedia ada mengikut standard antarabangsa.

Berikutan itu, katanya, KSM mencadangkan supaya semua pekerja asing perlu mencarum Perlindungan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kita juga akan menguatkuasakan Akta 446 untuk memastikan majikan membekalkan penginapan perumahan dan kebajikan pekerja yang selamat dan terjamin.

“Penguatkuasaan Akta 446 akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini dan denda maksimum RM50,000 akan dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan mana-mana majikan yang gagal mematuhi keperluan yang diperuntukan akta tersebut untuk keselamatan dan kebajikan pekerja,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat