Al-Jahilliyah: Herleena Ingatkan Saifuddin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Hos Bernama TV, Herleena Pahlavy yang  dikenakan tindakan setelah menggelar stesen TV Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah, mengingatkan  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengenai janji beliau untuk terus mempertahankan kebebasan bersuara.

Herleena Pahlavy berkata demikian dalam satu status di facebooknya sambil berkongsikan satu pautan berita pada Mac 2020 yang bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”

“Masihkah kau ingat,” tulisnya di Facebook hari ini.

Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontroversi itu, hos terbabit menggelar Al Jazeera  sebagai Al-Jahiliyah.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,”

Beliau kemudiannya mengakhiri program itu dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Media melaporkan, Herleena digantung tugas berikutan selepas menggelar stesen TV berkenaan sebagai Al-Jahilliyah dalam satu rancangan yang dikendalikannya.

Menteri Komunikasi, Dato Saifuddin Abdullah melalui akaun twitter miliknya menyelar tindakan Herleena.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,”

Jumaat lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” selama 25 minit menerusi program 101 East, yang mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis kemudiannya menyiasat saluran berita itu di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Jabatan Imigresen pula sedang mengesan lelaki Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditemubual program itu yang mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin ketika  operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat