Nazri Aziz Cadang Parlimen Tidak Dibubar Sehingga Habis Penggal

- Advertisement -

Oleh: Muhammad Irfan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut sebaliknya kekal mentadbir negara hingga habis penggal PRU14, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri

Hujah Nazri, dengan cara itu Muhyiddin mempunyai banyak masa untuk menstabilkan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menjelaskan, sekiranya Muhyiddin mengumumkan tidak akan bubarkan parlimen sehingga 2023, ia mampu untuk meyakinkan pelabur asing.

“Perdana Menteri yang kena umum dengan tegas bahawa kerajaan yang ada ini akan memenuhi tempoh 3 tahun sebelum habis penggal PRU14.

“Sekiranya Muhyiddin berani umum perkara itu, orang akan lihat beliau berani dan mempunyai keyakinan.

“Dengan cara itu, pelabur asing pun boleh datang dan dalam masa tiga tahun beliau boleh kukuhkan PN,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan itu merupakan alternatif kepada pilihanraya mengejut yang banyak diperkatakan sekarang.

“Kalau buat pilihanraya sekarang, dari segi kesiapsiagaan Bersatu tidak bersedia kerana mereka tidak ada akar umbi.

“Ambil contoh pilihan raya kecil DUN Chini baru-baru ini, Bersatu bukan tidak mahu tolong tetapi mereka tidak ada jentera, bukan hanya di Chini tetapi diseluruh negara.

“Jadi nak selesaikan perkara ini dan pembahagian kerusi, PM sendiri kena umum tidak ada pilihanraya hingga 2023,” katanya lagi.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan banyak pihak termasuk penganalisis politik bahawa PN masih belum stabil untuk diadakan pilihan raya mengejut.

Penganalisis politik berpendapat, ketidakstabilan PN terumata dalam isu pembahagian kerusi boleh menjejaskan peluang gabungan itu memenangi pilihanraya.

Sekiranya Muhyiddin mengumumkan PN kekal memerintah sehingga habis penggal Pilihan Raya Umum ke-14, Nazri berkata semua ahli parlimen yang menyokong kerajaan perlu bersedia untuk hadir setiap hari ketika sesi dewan rakyat.

Kredit foto: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat