Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 25 November 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO menetapkan 15 Julai hingga 31 Ogos ini untuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan bermesyuarat. Menurut Setiausaha Agung Umno Dato Sri Ahmad b Maslan.

“Selaras dengan kenyataan kebenaran bermesyuarat daripada ROS, mesyuarat Pengurusan MT UMNO telah menetapkan mesyuarat Cawangan tiga sayap parti bermula 15 Julai hingga 31 Ogos ini”.

Bagi mesyuarat Perwakilan Bahagian Umno telah ditetapkan pada 15 September hingga 31 Oktober 2020. Untuk Konvesyen Tahunan UMNO Negeri Majlis Tertinggi juga telah menetapkan pada 01 November hingga 23 November dengan mengikut S.O.P yang akan dikeluarkan dari semasa kesemasa.

Sementara itu, kata Ahmad Maslan, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan berlangsung selama empat hari dari 25 hingga 28 November.

Tentatif PAU 2020 ialah 25 November, perasmian serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO; diikuti 26 November, Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO; dan 27 hingga 28 November, Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat