Cerita Sebenar ECRL Pula Terdedah?

Kerajaan Lubnan Bubar selepas Perdana Menteri Letak Jawatan

LUBNAN: Kerajaan Lubnan meletakkan jawatan ketika Perdana Menteri Hassan Diab menyalahkan endemik korupsi sebagai punca letupan dahsyat minggu lalu yang melanda ibu negara tersebut....

Teori Peminat Manchester United Tentang Rambut Baru Pogba

PEMINAT Manchester United berpendapat Paul Pogba akan menandatangani kontrak baru di kelab itu setelah dia menunjukkan potongan rambut yang tidak begitu baru. Hari Ahad...

Donald Trump Diiring Keluar Ditengah-Tengah Sidang Media

WASHINGTON: Presiden Donald Trump sedang memberikan sidang media hariannya apabila anggota perkhidmatan rahsia terpaksa mengiringinya keluar. Tidak berapa lama selepas itu Trumph muncul semula dan...

Bagaimana Keluarga Kamu Boleh Kaya Raya, soal TMJ Pada Cucu Mahathir

Cyberjaya - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor. Tunku Ismail ketika membalas...

Lelaki Maut Selepas Terjun Tingkat Lima Bangunan Mahkamah P.Pinang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat...

Dari laman Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong

Bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak bersetuju jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kembali kepada asal seperti yang dirancang pada peringkat awalnya.

Dia mahu mengikut jajaran yang diubah oleh kerajaan PH dan mengajak orang ramai supaya menyokong pendiriannya.

Saya menghormati pendirian Anthony Loke. Tetapi saya juga ada beberapa perkara penting untuk menjelaskan berhubung projek infrarakyat ini.

1.PENGURANGAN SKOP KERJA dari perjanjian asal semestinya menyebabkan kos pembinaan menurun.

Ianya BERBEZA dengan konsep penjimatan di mana “harga menurun manakala skop kerja dikekalkan”.

Apa yang diperkatakan oleh PH selama ini iaitu penjimatan RM21.5 bilion berbanding skop kerja asal ECRL adalah tidak tepat.

Perubahan skop kerja dan pengecilan saiz (down sizing) pembangunan perlu dilihat secara objektif samada ianya merupakan perbandingan setimpal (comparing apple to apple).

Dengan pengurangan skop, kos pembinaan boleh juga diturunkan kerana skop dah banyak berbeza.

Dakwaan YB Anthony Loke bahawa terdapat penjimatan RM21.5 bilion dengan jajaran baru melalui Negeri Sembilan adalah kenyataan yang lansung tidak tepat sekali.

Setelah disemak secara mendalam, saya dapat mengesahkan bahawa KADAR UNIT KOS (unit rate for costing) pembinaan samada struktur jejambat (elevated), “at-grade” atau terowong yang digunakan oleh kontraktor Projek ECRL tidak pernah berubah atau dikurangkan meskipun jajaran baru dicadangkan oleh PH.

Dakwaan PH kononnya jajaran asal ini menambah kos pembinaan secara mendadak iaitu sebanyak RM20 bilion adalah TIDAK BERASAS sama sekali. Dengan mengambil pendekatan pengurangan skop dalam kerja landasan berkembar “double track formation” seperti yang dilakukan untuk pakej A & B bagi projek ECRL, maka kos pembinaan jajaran asal boleh dikurangkan. Bersabarlah Anthony, bila jajaran pakej C sudah dimuktamadkan, barulah komen tentang kos berdasarkan kuantiti kerja dan jarak. Itu baru adil!

2. Anthony Loke mendakwa jajaran baru dapat mengelak daripada pembinaan terowong sepanjang 18km bagi merentasi Banjaran Titiwangsa di Genting.

Tetapi kenapa pula Anthony Loke tidak mendedahkan bahawa di bawah perjanjian tambahan (supplemental agreement no.5) SA5, masih terdapat pembinaan terowong-terowong lain bagi merentasi Banjaran Titiwangsa di Kuala Klawang?

Selain itu, di dalam perjanjian SA5 yang sama, terdapat peruntukan untuk semak semula kuantiti terowong atau jejambat dengan penambahan sehingga 41km.

Ini menjadikan kos pembinaan ECRL lebih dari RM46 bilion, bukannya RM44 bilion seperti yang pernah diumumkan oleh Tun Daim Zainuddin.

Untuk makluman umum, ingin dijelaskan juga bahawa jajaran ECRL dari Kota Bharu-Dungun-Mentakab-Kuala Klawang-Nilai-Putrajaya-Rimbayu adalah menggunakan “electrified train” manakala bagi sambungan jajaran Rimbayu ke Pelabuhan Klang yang merupakan ‘the last-mile spur line’ akan disambung perjalanan keretapi tersebut menggunakan “diesel locomotive” kerana terdapat jambatan terbuka (draw bridge) di Pelabuhan Klang yang tidak dielektrifikasi.

Ini sebenarnya bukanlah satu perancangan yang memanfaatkan, sebaliknya akan menyebabkan kecacatan di dalam keseluruhan jajaran ECRL dimana ‘the last mile’ terpaksa ditukar lokomotif dari lokomotif elektrik kepada lokomotif diesel.

Jajaran ECRL dari Kota Bharu-Dungun-Mentakab-Kuala Klawang-Nilai-Putrajaya-Rimbayu turut memerlukan pembinaan jambatan terbuka (drawbridge) bagi merentasi Selat Lumut di Pelabuhan Klang.

Ini juga akan menambahkan kos pembinaan projek dan juga komplikasi pengoperasian keretapi kelak.

Tambahan pula, terdapat kos-kos lain yang tidak di maklumkan kepada umum. Contohnya kos pembatalan, “abandonment” dan penangguhan projek disebabkan perubahan jajaran kepada jajaran baharu melalui Negeri Sembilan dan Putrajaya dan penjajaran semula seksyen dari Kota Bharu ke Dungun telah dituntut oleh pihak kontraktor melebihi RM1 billion.

3. Anthony Loke mendakwa perlu menyelamatkan Permatang Kuarza Klang Gate yang bakal dimusnahkan sekiranya jajaran asal dibina.

YB, KENAPA TIDAK MENILAI opsyen yang disediakan oleh kontraktor yang mana permatang kuarza Gombak dapat dielakkan dan diselamatkan?

Cadangan ini sudah lama diketengahkan, saya juga hairan kenapa mantan Menteri Pengangkutan Anthony tidak pernah mengambil tahu perkara ini?

Saya nak beritahu Anthony bahawa semua opsyen penyelesaian yang dikemukakan kepada Kerajaan Selangor pasti TIDAK merosakkan permatang kuarza Gombak. Kalau tidak percaya, boleh semak dengan MRL.

4. Anthony Loke kata jajaran baru akan memberi tempias pembangunan kepada 5 negeri. Kalau melalui jajaran asal 4 Negeri dan daerah-daerah berkaitan pun turut dapat nikmat pembangunan.

Bezanya cuma tidak melalui Negeri Sembilan sahaja. Perlu lihat “viability” projek ECRL yang bergantung 30% kepada penumpang dan 70% kargo.

Berdasarkan kajian pakar perunding yang memang diketahui oleh YB Anthony Loke, bilangan penumpang yang berpotensi (Ridership) menggunakan perkhidmatan bagi laluan Mentakab, Bentong dan Gombak adalah lebih dinamik berbanding Kuala Klewang, Nilai dan Putrajaya.

5. Anthony Loke kata jajaran baru terus sampai ke Pelabuhan Klang. Tetapi apa yang dia tak beritahu ialah, jajaran baru disambung ke Westports sahaja tetapi jajaran asal akan bersambung ke Westports dan Northport sekaligus.

Tunggu dan lihat jajaran asal dari Mentakab-Bentong-Gombak-Serendah-Jalan Kastam-Pelabuhan Klang yang sedang dikaji dan diperhalusi.

Sistem ‘dual-track’ iaitu landasan ‘meter gauge’ dan ‘standard gauge’ berkembar akan dibina dari Serendah ke Pelabuhan Klang sebagai ‘bypass’ di mana semua keretapi kargo KTMB dari Utara yang menggunakan ‘meter gauge’ tanpa perlu melalui Bandaraya Kuala Lumpur sekaligus menjimatkan masa perjalanan 1jam 45minit.

Anthony Loke, masih ingat cadangan Serendah Bypass yang sekian lama diperjuangkan oleh MOT? Pada 12 Oktober 2019, Anthony Loke pernah menyatakan bahawa Serendah adalah sesuai dijadikan ‘cargo village’ yang mana Kargo ECRL dan KTMB akan berkumpul bagi memudahkan barangan kargo dihantar ke Utara (Perak, Penang dan Padang Besar) atau ke Pelabuhan Klang.

Manakala ECRL menggunakan ‘standard gauge’ juga akan melalui dual-track yang sama dari Serendah ke Pelabuhan Klang.

Ini akan mengelakkan berlakunya ‘double handling’ kerana melalui jajaran PH akan berlaku pertukaran lokomotif ‘electrified train’ kepada ‘diesel locomotive.’ Ini bukanlah sistem yang canggih! Kenapa Anthony tak pernah memberitahu orang awam tentang “double handling” dan perlunya tukar lokomotif jika jajaran PH dilaksanakan?

Anthony Loke, jika tanah Pulau Carey dipisahkan oleh landasan ECRL di tengah-tengahnya, maka ini akan membantutkan pembangunan Pulau Carey kerana landasan akan menghadkan pergerakan kiri dan kanan tanah yang berpotensi dibangunkan sebagai Bandar Pelabuhan yang moden apabila pembinaan dan pembesaran terminal pelabuhan baru di Pulau Carey.

Selain itu, Exco Negeri Sembilan Teo Kok Seong turut menuduh saya kononnya tidak mengambil kira kepentingan Negeri Sembilan dan saya menyokong jajaran asal selepas dicadangkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sebenarnya, pada bulan Mac 2020, Menteri Besar Pahang telah menulis surat untuk merayu kepada YAB Perdana Menteri agar mengkaji semula jajaran pakej C bagi ECRL ke cadangan / jajaran asal.

Pada 13 Mei 2020, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang telah membuat keputusan untuk menangguhkan proses pengambilan balik tanah di Daerah Temerloh, Bera dan Bentong untuk projek ECRL untuk dibincangkan sekali dengan cadangan pindaan jajaran ECRL ke jajaran asal Bentong – Gombak – Serendah – Pelabuhan Klang.

Pada 11 Jun 2020 semasa Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-34, YAB MB Pahang sekali lagi memaklumkan mesyuarat berkenaan permohonan beliau kepada YAB Perdana Menteri berkenaan cadangan pindaan jajaran kepada jajaran asal melalui Bentong dan Gombak.

Jadi jelaslah bahawa tuduhan Teo Kok Seong itu tidak berasas sama sekali!

Lagipun, Negeri Sembilan tidak diabaikan kerana projek High Speed Rail (HSR) Singapura-Malaysia yang bakal dihidupkan semula oleh kerajaan PN dan projek keretapi Klang Valley Double Tracking fasa 2 (KVDT2) yang sedang dalam pembinaan juga akan merentasi negeri itu.

Hakikatnya, setiap yang kita lakukan sepatutnya bersandarkan kepada realiti dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara secara menyeluruh. Bukannya dibuat atau diubah sesuka hati.

Pada peringkat ini, kita masih berbincang dengan Kerajaan Selangor mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta mencari penyelesaian teknikal. Saya berasa kesal dengan laporan media kononnya jajaran asal ECRL akan menambah kos RM20 bilion. Dakwaan ini langsung tidak berasas!

Walaubagaimanapun, hasil kajian MOT mengenai jajaran ECRL akhirnya akan diangkat ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan serta memuktamadkan jajaran Seksyen C bagi ECRL.

Maka, diharapkan semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang andaian sementara menunggu keputusan yang bakal dibuat oleh Kabinet.

Selepas diputuskan Kabinet, Kerajaan sedia untuk terangkan kepada rakyat secara terperinci mengenai apa yang akan kita lakukan demi kepentingan semua khususnya dalam membawa impak ekonomi kepada negara dan kenapa kita berbuat begitu.

Saya sendiri akan memberi penjelasan terperinci kepada rakyat di dalam satu sesi media dan saya akan menjemput YB Anthony Loke untuk hadir.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Lelaki Maut Selepas Terjun Tingkat Lima Bangunan Mahkamah P.Pinang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat...

Datuk Ayob Beri Amaran Tindakan Tegas Jika Anggota Polis Bocor Maklumat

JOHOR BAHRU - Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam. Sebaliknya anggota dan pegawai perlu...

Dron Dirampas Pada Hari Perbicaraan Guan Eng

BUTTERWORTH - Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor pada satu sidang media mengingatkan semua pihak termasuk penyokong yang akan...