Pas Junjung Titah Yang di-Pertuan Agong Hentikan ‘Politicking’ – Hadi Awang

- Advertisement -

CYBERJAYA :Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar pihak tertentu berhenti daripada berpolitik dan bernafsu mahu mengambil alih tampuk kepimpinan ketika negara masih berada dalam suasana COVID-19 yang semakin kritikal.

Dalam kenyataan media di akaun Facebook peribadinya, beliau berkata, PAS menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk menghentikan ‘politicking’ yang boleh menganggu kestabilan pentadbiran negara.

“Secara khusus, Pas memahami keadaan darurat pandemik COVID-19 dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi. Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana COVID-19 yang sebegini rupa.

Dalam kenyataan sama, Hadi berkata, Rasulullah membandingkan bahawa ‘kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera’.

“Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera, di mana mereka ingin menebuk kapal dari bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka sahaja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera.

“Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat,”

Beliau turut menjelaskan sebelum ini PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga ia membosankan rakyat.

Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat