Nilai Perdagangan Pahang Terus Meningkat, Berjaya Tarik Pelaburan RM91 Juta Pada Suku Tahun 2021

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata nilai perdagangan Pahang terus meningkat kira-kira RM3.5 bilion pada tahun 2020  sepertimana laporan terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang diumumkan pada Selasa.

Selain itu jelas beliau, Pahang juga berjaya menarik pelaburan sebanyak RM91 juta pada suku pertama tahun ini (Januari-Mac) 2021.

Menurutnya lagi, kejayaan ini patut menjadi kebanggaan rakyat negeri Pahang kerana mencatat peningkatan nilai perdagangan ketiga tertinggi kira-kira RM3.5 bilion pada tahun 2020.

“Kita harus sama-sama berbangga bahawa Pahang antara negeri mencatatkan peningkatan nilai perdagangan ketiga tertinggi kira-kira RM 3.5 bilion pada 2020.

” Pencapaian ini adalah disebalik prestasi perdagangan Malaysia secara keseluruhannya menurun 3.6 peratus, bernilai RM 1.78 trillion pada tahun 2020 berbanding RM1.84 trillion pada tahun 2019.

“Ia juga dicapai disebalik dunia menghadapi pelbagai kekangan akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya melalui Facebook.

Ujar Wan Rosdy lagi, pencapaian Pahang sudah pasti susulan perancangan dasar dan inisiatif pelaburan aktif oleh Kerajaan Negeri yang diperkenal dan dilaksanakan sejak 2018.

“Dilaporkan bahawa, tiga (3) produk perdagangan export utama negeri Pahang pada tahun 2020 ialah besi dan keluli, bernilai RM 10.49 bilion (36.4 peratus); Oleochemical (palm based ), RM 1.97 bilion (6.9 peratus); serta, minyak sawit, RM 984 juta (3.4 peratus).

“Bagi import pula, tiga (3) produk utama ialah refined petroleum, RM1.31 bilion (13.3 peratus); barangan pembinaan besi dan keluli, RM576 juta (4.2 peratus); serta produk lain berasaskan besi dan keluli, RM 436 juta (3.2 peratus),” jelas beliau.

Dalam pada itu kata Wan Rosdy, sungguhpun pelbagai cabaran dihadapi oleh kesemua sektor ekonomi di Malaysia, Kerajaan Negeri tetap komited dalam usaha untuk memastikan perdagangan dalam negeri berada dalam keadaan stabil dan progresif.

Antara usaha itu ialah penubuhan Pusat Sehenti di Kawasan Perindustrian Gebeng bagi memudah cara lalu menyegerakan proses kemasukan pelaburan ke negeri ini, jelasnya.

“Kita juga berjaya menarik pelaburan bernilai RM1.21 bilion dari Thailand, yang bukan sahaja memberi manfaat kepada sosio-ekonomi negeri, tetapi juga kepada aspek pertukaran teknologi dalam bidang pertanian dan bio-teknologi.

” Melalui Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pula, kita berjaya menerima pelaburan RM 9.38 bilion yang terhasil daripada 40 projek,” katanya lagi.

Selain itu, angka-angka positif yang dilaporkan ini ialah penanda aras bahawa ekonomi negeri Pahang berada dalam keadaan sihat dan berfungsi secara optimum.

“Kita harus terus membentuk ekosistem pembangunan ekonomi bersifat holistik dan ‘rakyat-centric’, bagi memastikan manfaatnya dapat terus dirasai oleh setiap anak negeri, In Sya Allah.” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat