Kerajaan tak bertukar, Anwar cuma minta Agong tamatkan darurat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini merayu supaya pelaksanaan darurat ditamatkan segera walau apa cara sekali pun.

Presiden PKR itu bagaimanapun memaklumkan pertemuan lebih sejam di Istana Negara langsung tidak menyentuh isu pertukaran kerajaan seperti ura-ura yang digembar-gemburkan ketika ini.

” Kita berbincang mengenai darurat, seperti mana yang kita tahu kalau ikut susur galur sejarahnya bila kerajaan dan Kabinet Perikatan Nasional (PN) kemukakan pada peringkat awal itu tidak diterima oleh Tuanku.

“…Tetapi apabila dikemukakan kali kedua atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin darurat dilaksanakan.

” Jadi kita bayangkan pandangan kita bahawa penerusan darurat ini akan menyebabkan kerugian kepada negara, tidak membantu penanganan permasalahan Covid-19 dan akan menjejaskan ekonomi terutama terhadap rakyat peringkat bawahan.

“…Dan kita tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat jadi kita merayu kepada Tuanku supaya menghalang penerusan ini sedaya-upaya walaupun Tuanku cepat mengatakan bahawa patuh kepada semangat Raja Berpelembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu berhubung inti pati sembah menghadap beliau dan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut memabngkitkan tentang persidangan Parlimen kepada Agong supaya ia dapat bersidang semula.

“Parlimen seperti kita tahu beberapa bulan yang lalu Tuanku telah pun mengeluarkan pandangan kenyataan atau warkah yang telah menitahkan bawa Parlimen boleh diadakan dengan syarat kerajaan bersetuju, namun itupun tidak dilakukan.

“Saya jelaskan hal-hal ini kerana ada persepsi berbeza, seolah-olah hal ini tidak diendahkan oleh kerajaan.

“Soal lain kita bincang soal kedudukan dalam negara, keyakinan rakyat, keyakinan pelabur dalam dan luar negara yang meminta supaya ada perubahan yang lebih baik,” kata Anwar.

Beliau turut memuji dan menyanjung keprihatinan juga kearifan Yang di-Pertuan Agong berkenaan isu semasa dalam negara.

” Saya junjung kasih kepada Tuanku kerana berikan ruang lebih satu jam berbincang isu-isu semasa. Kita bercakap soal beberapa perkembangan Covid-19, ujian yang rendah sekarang, soal jangkitan, hal kematian, dan saya terharu kerana Tuanku nampak begitu arif tentang perkembangan-perkembangan semasa teramsuk beberapa pandangan daripada pihak lain.

“jadi saya rasa hal ini juga harus diketahui oleh masyarakat bahawa Tuanku sebenarnya ada menyampaikan hal-hal sedemikian kerana kearifan dan maklumat yang beliau ikuti dan saya harap semua pihak bukan saja PKR dan pembangkang tapi juga dalam kerajaan mengambil perhatian tentang titah serperti mana juga yang disebut oleh Tuanku Sultan Selangor tentang pengagihan vaksin yang lebih berkesan,” ujar Anwar. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat