Kenali Khaby Lame, TikToker Yang Berjaya Buat Orang Ramai Terhibur Dengan Hanya Mimik Muka

- Advertisement -

Sekiranya anda menggunakan aplikasi TikTok, kami yakin pasti video TikToker Khaby Lame pernah melintasi ruangan For Your Page (FYP) anda. Videonya yang memaparkan kesusahan sesetengah pengguna menjalankan sesebuah kerja diikuti dengan gayanya yang mudah beserta mimik muka membuatkan orang ramai terhibur.

Sehingga kini, Khaby Lame yang baru sahaja berusia 21 tahun dan mula aktif di TikTok pada Mac 2020 sudah berjaya mengumpul lebih 67.2 juta pengikut serta meraih hampir 1 juta likes daripada video-video yang dikongsikan.

Di sebalik peningkatan dan jumlah populariti yang diterima beliau, ramai yang tidak menyangka beliau terpaksa melalui kehidupan yang berbeza berbanding rakyat Itali yang lain meskipun menetap di Itali sejak berusia satu tahun.

Untuk pengetahuan, keluarga beliau berasal dari Senegal. Hal ini membuatkan beliau sehingga kini masih lagi tidak diiktiraf sebagai warga Itali meskipun menetap di negara tersebut sejak kecil kerana tidak mempunyai kerakyatan yang sah.

Dalam pada itu, sehingga kini beliau masih lagi berusaha untuk berunding bersama pihak birokrasi Itali dalam mendapatkan kerakyatan sah sebagai warga Itali.

E13pS0tXIAYUzeM

SUMBER: TWITTER KHABY LAME

Di sebalik kesukaran yang dilalui, siapa sangka beliau sudah berjaya mempunyai laman fan pages merangkumi warga Inggeris, Jerman, Arab, Portugis dan lain-lain lagi.

Malah, Khaby yang kerap memakai jaket Itali dan jersi Juventus berjaya menarik perhatian individu berpengaruh seperti pemain bola sepak legenda, Alessandro Del Piero. Kylian Mbappe juga muncul sebagai individu yang tidak terlepas untuk meniru gaya beliau sekaligus ditiru semula oleh Khaby Lame.

 

Menerusi sebuah laporan terbaru, beliau dilaporkan berjaya meraih sehingga $22,300 (~RM91,820) hanya dengan sebuah video pendek. Berdasarkan konsistensi yang ditunjukkan, tidak mustahil beliau berjaya menjadi individu dengan jumlah pengikut tertinggi di TikTok.

Khaby Lame juga mengakui beliau mahu terus fokus dengan kerjaya beliau serta tidak mahu hanyut dengan populariti dalam usaha untuk mengubah nasib keluarga beliau. Klik di sini untuk tonton video lain daripada Khaby Lame.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat