Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) turun kepada 0.96Rt dan kes harian purata di bawah 7,000 kes sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penurunan ini menunjukkan kesan yang baik dan meminta agar semua pihak memberi kerjasama dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Beliau turut memberi bayangan PKP penuh perlu diteruskan berikutan kes harian Covid-19 dan penularan di setiap negeri masih tinggi.

“kita dapati dua indikator yang sangat penting iaitu Rt, telah pun menurun daripada beberapa minggu lepas. Hari ini 0.96. Ia juga berkaitan dengan kes harian juga menurun. Ini berkaitan dengan PKP 3.0 penuh seluruh negara sejak 1 jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

“Ini menunjukkan kesan PKP penuh 3.0 mendatangkan kesan yang baik dan kita berharap dapat menangani dan putuskan rantaian berterusan dengan solidarity dari semua pihak”

“Namun selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871, melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari.

“Sehingga kini, kita merekodkan penurunan kes harian yang meyakinkan, maka KKM berpandangan kerajaan patut meneruskan kaedah pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat