Pelantikan Zambry Perkembangan Baik, Titik Perubahan Besar BN – Khaled

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) adalah perkembangan yang sangat baik buat gabungan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan Zambry dilihat pilihan yang tepat kerana beliau mempunyai kewibawaan tersendiri.

Katanya, Zambry bukan sekadar seorang intelektual malah beliau juga seorang ahli politik yang terbuka dan teruji seperti yang dipamerkan ketika memimpin Perak sebagai Menteri Besar.

“Ini adalah titik perubahan besar dalam BN. Konsensus yang tercapai antara semua komponen parti bukan sahaja menunjukkan keseriusan BN untuk bersatu dalam memperkemas hala tuju parti.

“Malah, petunjuk jelas bahawa BN sedang menguatkan kesatuannya untuk perjalanan politik yang lebih mencabar terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan lebih teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau.

Menurut Ahmad Zahid, perkara itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan secara maya.

Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju melantik Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Perlis.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, pelantikan ini membuktikan bahawa BN bersedia melakukan perubahan generasi atau ‘intergenerational change’.

Jelasnya, generasi keempat selepas kemerdekaan telah mula mengemudi negara dengan peranan yang lebih besar dan signifikan.

“Semoga dengan semua perubahan ini, BN akan segera menyediakan dirinya untuk mengubah pendekatan, menjadi lebih baik dan berfokus sekali gus memberi kepimpinan yang diperlukan dalam kerajaan akan datang.

“Saya yakin bahawa Zambry adalah pilihan terbaik dan merupakan sosok yang BN perlukan waktu ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat