Pemandu lori ditahan mencarut kepada polis trafik

- Advertisement -

KANGAR – Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kangar – Padang Besar berhampiran Kampung Salang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, lelaki berusia 37 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu melakukan kesalahan tersebut kira-kira 12.20 tengah hari.

“Pemandu tersebut mengeluarkan kata kesat dan mengulanginya sebanyak dua kali kepada anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas.

“Kejadian tersebut turut didengari oleh seorang lagi anggota polis trafik yang bertugas ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, suspek bertindak beredar setelah saman dikeluarkan dan kemudiannya ditahan di Kilometer 5, Jalan Kangar-Padang Besar dan dibawa ke Balai Polis Beseri untuk siasatan lanjut.

Wari berkata,suspek direman selama satu hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat