Muhyiddin akan sampaikan perutusan khas esok

- Advertisement -

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas di televisyen esok.

Perutusan itu bakal disiarkan hanya dua hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dijadualkan tamat 12 Mei ini.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada jam 2 petang dan perutusan itu akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani serta rangkaian media sosial Muhyiddin, termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube.

Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Selepas hampir dua bulan, negara nampaknya bersedia mengakhiri perintah sekatan berkenaan.

Kerajaan telah mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB).

Kebanyakan perniagaan dibuka semula dengan langkah penjarakan sosial yang ketat manakala aktiviti riadah yang tidak melibatkan aktiviti berkumpulan turut dibenarkan.

Bagaimanapun, perhimpunan umum, termasuklah untuk tujuan keagamaan, masih dilarang.

PKP dilanjutkan pada setiap dua minggu tetapi dilanjutkan tiga kali sehingga 12 Mei.

Bilangan kes Covid-19 meningkat mendadak tidak lama sebelum PKP dilaksanakan dengan mencatatkan tiga digit kes sehari.

Bagaimanapun, PKP memberi ruang buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal wabak itu, sehingga menjadi dua digit kes sehari.

Negara mencatatkan 54 kes baru sejak 24 jam lepas, sehingga tengah hari tadi. Bilangan kes tertinggi yang direkodkan adalah pada 26 Mei, iaitu 235 kes.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 6,589 kes Covid-19, dengan 108 angka kematian.

Sementara itu, 78 peratus daripada pesakit telah pulih, iaitu seramai 4,929 orang manakala seramai 1,552 pesakit masih lagi dalam rawatan.

Malaysiakini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat