Barang Dirosakkan, Pihak Hotel Boleh Ambil Tindakan Terhadap ‘Kluster Kayangan’

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pihak hotel boleh mengambil tindakan ke atas golongan ‘kluster kayangan’ yang melakukan kerosakan semasa dikuarantin susulan COVID-19 di premis berkenaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sesiapa yang akan terlepas dari tindakan jika melanggar peraturan ditetapkan.

“Timbul lagi isu dari kluster kayangan. Siapa pun, mereka tertakluk kepada peraturan dan undang-undang di hotel sekalipun. Kalau mereka melanggar peraturan hotel dan undang-undang, terserah kepada pihak hotel untuk mengambil tindakan kepada mereka.

“Saya dengar ada yang merosakkan barangan dalam bilik hotel, ada yang merosakkan cadar, dan sebagainya. Hotel mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat