KBS mohon kebenaran khas skuad badminton negara berlatih

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan permohonan khas kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan skuad badminton negara memulakan latihan persediaan ‘Road To Tokyo’ (RTT) seawal 1 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican, bagaimanapun berkata tarikh sebenar atlet yang terlibat dengan RTT memulakan latihan bergantung kepada kelulusan daripada MKN dan KKM.

Bagi tujuan permohonan khas itu, Reezal melakukan tinjauan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini untuk melihat persediaan dan langkah pencegahan yang akan diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam menangani wabak Covid-19, jika mendapat kebenaran untuk memulakan latihan lebih awal.

“Langkah proaktif yang akan diambil oleh BAM adalah bagus kerana apa paling penting kita mahu pastikan bahawa satu prosedur operasi standard (SOP) yang tidak hanya disediakan tetapi untuk memerhati dan mematuhi.

“Daripada taklimat oleh BAM tadi, pemain akan melalui proses saringan setiap hari sebelum dibenarkan masuk ke ABM, fasiliti akan melalui proses sanitasi dan nyahkuman, serta kontak antara orang luar dan mereka yang berada di ABM akan diminimumkan.

“Begitu juga dengan perkhidmatan sokongan seperti Institut Sukan Negara (ISN), pegawai sukan dan kesihatan, logistik dan penyediaan makanan. Mereka akan melalui protokol serta SOP yang ketat,” katanya selepas melakukan tinjauan di ABM, di Kuala Lumpur.

Reezal menjelaskan hanya 16 pemain dan enam jurulatih akan terlibat dengan program latihan tersebut, selain dianggarkan lebih kurang 50 orang akan terlibat dalam perkhidmatan sokongan.

Sebelum ini, Reezal meminta persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang memerlukan fasiliti latihan khas bagi atlet terlibat dengan RTT untuk menghantar permohonan menerusi KBS untuk dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri selepas sambutan Aidilfitri nanti untuk cadangan latihan pusat sukan berprestasi tinggi RTT.

“Kita mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana terdapat sukan tertentu yang masih tidak diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk memulakan latihan.

“Namun KBS, Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN telah berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta persatuan sukan berkaitan untuk mengemukakan permohonan secara berasingan bagi mendapatkan kelonggaran dan kelulusan yang berasingan khas untuk program RTT,” katanya.

– Bernama

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Arsenal Tolak Tawaran Pengasas Spotify

PENGASAS Spotify mengesahkan pada Sabtu tawarannya untuk membeli Arsenal ditolak kelab berkenaan. Menurut Daniel Ek, dia menghormati keputusan pengurusan The Gunners namun minatnya terhadap kelab...

Hormati Pemergian Haziq, Jangan Buat Spekulasi – Reezal

KAJANG - Semua pihak diminta menghormati pemergian atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematiannya hari ini. Menteri Belia dan Sukan...

Perginya ‘Robin Hood’ Negara

MALAYSIA pada Jumaat menangisi kehilangan Robin Hood negara -- Mohd Haziq Kamaruddin meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Kajang, Selangor. Tragedi itu menjadi satu...