Angkat usul Umno Kedah tanding solo PRU16, bukan lagi sekadar lengkapkan pihak lain – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyuarakan pandangan tegas bahawa setiap mesyuarat Umno Cawangan di seluruh negeri Kedah wajar mengangkat usul supaya Umno- Barisan Nasional (BN) di negeri itu bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurut beliau, sudah sampai masanya Umno kembali berdiri dengan kekuatan sendiri.

“Kita tidak boleh terus dilihat bergantung atau sekadar melengkapkan pihak lain. Kekuatan parti mesti datang daripada keyakinan terhadap diri sendiri.

“Umno mempunyai jentera, struktur dan pengalaman. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kesatuan dan ketegasan dalam membuat keputusan.

“Suara akar umbi sangat penting. Jika di peringkat cawangan kita jelas dan konsisten, itu akan menjadi asas kepada hala tuju parti di peringkat lebih tinggi,” ujar Shaiful Hazizy dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada masa yang sama kata beliau lagi, ahli perlu faham bahawa Umno ada pilihan dan kekuatan tersendiri.

“Sebarang kerjasama mesti dibina atas dasar saling menghormati, bukan kebergantungan.

“Saya menyeru semua cawangan agar membawa usul ini dengan serius. Ini adalah langkah untuk memastikan Umno kembali kuat, jelas dan dihormati.

“Ini bukan soal emosi, tetapi soal kejelasan pendirian,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat