Kos insurans melebihi 100 peratus bawa bahan api ke Malaysia jadi punca harga minyak naik – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjelaskan kenaikan harga minyak ketika ini tidak hanya disandarkan pada kekurangan bekalan semata-mata sebaliknya beberapa kos lain turut diambil kira.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kos lain diambil kira termasuk kos insurans yang kini telah melepasi 100 peratus serta kos penghantaran barang.

Beliau berkata, buat masa ini, kapal milik negara tidak berdepan masalah untuk melepasi Selat Hormuz susulan hubungan baik dengan kerajaan Iran namun, ada kos lain yang perlu ditanggung.

“Kalau soal laluan, Alhamdulillah hubungan baik kita dengan Iran menyebabkan kapal Petronas telah melepasi dan dalam beberapa hari lagi akan sampai ke Pengerang, Johor. Insya-Allah.

“Tetapi, ia tidak berakhir di situ kerana kos insurans itu sudah melepasi 100 peratus dan kos pengangkutan sendiri dan freight charges (kos penghantaran barangan) juga bertambah.

“Maknanya minyak yang asalnya itu sepatutnya rendah untuk diproses di Pengerang, itu sudah meningkat kosnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Khamis.

Katanya, biarpun terdapat perkembangan yang sedikit meredakan susulan gencatan sementara perang, namun situasi keseluruhan masih belum ada kepastian, lapor Utusan.

Mengulas perbualan telefon dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani baru-baru ini, Anwar berkata, pemimpin utama Qatar itu menjelaskan proses pemulihan tenaga di Timur Tengah akan mengambil masa yang agak lama.

“Kalaupun selesai perang esok, Emir Qatar berkata, ia akan mengambil sekurang-kurangnya tiga tahun untuk pembaikan asas operasi gas dan mungkin tiga hingga lima tahun untuk pulih sepenuhnya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat