Zahid Yakin Ahli UMNO Tahu Video, Foto, Panggilan Suara Boleh Direka Dengan Aplikasi.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO menggesa semua ahli parti menangkis tohmahan dengan fakta yang tepat dan bukannya menabur fitnah.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli parti menggerakakkan media sosial melawan perspektif negatif pihak lawan.

“Ahli UMNO sangat memahami. Dunia digital hari ini semuanya boleh dibuat-buat. Video, foto dan panggilan suara boleh direka kerana sudah ada aplikasi.

“Apa yang saya minta adalah tangkis tohmahan dengan fakta yang tepat dan bukannya menabur fitnah. Kepimpinan UMNO tidak seperti mereka,” tegas Zahid.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ahli UMNO sekalian sangat memahami keadaan kewangan UMNO.

“Ahli memahami keadaan, kewangan UMNO dan situasi UMNO pada saat ini. Kita dihalang, dibekukan akaun dan ada usaha untuk membubarkan parti.

“Saya menyeru kepada ahli UMNO sekalian. Gerakkanlah media sosial kita. Pada masa ini hanya kesetiaan dan keikhlasan boleh dituntut. Kita perlu mara menangkis tohmahan dan fitnah,” seru beliau.

Hal ini katanya, jika tidak menangkisnya, persepektif negatif akan terus dimainkan pihak lawan untuk menahan UMNO daripada bangkit.
Ahli UMNO sekalian.

Media sosial. Ini zaman dunia digital. Dalam kebaikan yang boleh diperoleh terselindung juga keburukan jika niat kita tidak baik ketika menggunakan media sosial.

“Ahli UMNO sekalian. Barisan Nasional (BN) tewas PRU-14 pada 9 Mei 2018 angkara media sosial. Pelbagai dakyah, fitnah, perspekif negatif dan cerita tokok tambah diada-adakan pihak lawan untuk menjadikan rakyat benci kepada UMNO serta BN. Ia berterusan hingga kini.

“Apabila mereka menang PRU-14, maka rakyat menilai apa yang mereka lakukan. Inilah yang dikatakan pemerintahan dan kemenangan berasaskan fitnah.

“Sehinggakan pada masa itu sebuah parti politik menawarkan peluang pekerjaan kepada cybertrooper dengan bayaran ribuan ringgit sebulan. Mereka iklankan pekerja menggunakan Jobstreet. Misi mereka memburuk-burukkan UMNO dan menyebarkan fitnah.

“Ia masih berlarutan sehingga saat ini. Walaupun UMNO hanya membentuk kerajaan dan tiada kuasa pemerintahan mutlak, mereka masih melakukan perkara sama. Kerana apa, tidak mahu kita bangkit, mahu melemahkan kita dan mahu terus memastikan rakyat membenci kita.

“Sedangkan rakyat sudah menilai pengorbanan dan sumbangan BN pada agama, bangsa dan tanah air. Mereka menilai kepimpinan 22 bulan dan setahun,” ujar Zahid.
/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat