Tak Ada Masalah Zahid Mengaku Anwar Guru Politik – Hamzah

KUALA LUMPUR – Tiada masalah jika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui yang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “guru politiknya”, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pun begitu kata Hamzah, pihaknya akan menyiasat laporan polis yang dibuat berhubung penyebaran audio perbualan didakwa antara Zahid dan Anwar.

“Sudah tentu kita (Kementerian Dalam Negeri) akan siasat semua laporan yang telah diberikan kepada kita. Pertama siasat tentang ketulenan, apakah ada perbuatan itu.

“Kalau tidak ada perbualan itu maka bermakna cerita yang dibuat itu adalah fitnah.

“Kalau ceritanya betul… saya dengar juga (audio itu), ceritanya Zahid mengaku bahawa Anwar adalah cikgu, cerita yang betul. Kalau itu (Anwar guru Ahmad Zahid), betul.

“Salah ke Anwar (Ibrahim) jadi cikgu kepada Zahid? Yang dua-dua nak marah ni kenapa? Saya pun hairan juga,” katanya memetik Malaysiakini.

Semalam, Pengerusi Majlis Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan membuat laporan polis mengenai rakaman perbualan telefon didakwa berlaku di antara Zahid dan Anwar.

Rakaman audio itu mula tular dan menarik perhatian ramai sejak semalam dan lebih memanaskan keadaan politik negara selepas Umno membuat ketetapan akan menarik sokongan kepada PN pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai, selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Bagaimanapun Zahid menafikan sekeras-kerasnya dia adalah orang yang didakwa berbual itu dan mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.

Anwar juga turut tampil menafikan tuduhan itu dan turut mengarahkan pegawainya membuat laporan polis.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu juga berkata tidak menjadi masalah jika UMNO mahu bekerjasama dengan PKR.

Malah ahli parlimen Larut itu bertanya adakah salah untuk Umno berbuat demikian.

“Salah ke kalau UMNO nak bekerjasama dengan PKR? Kalau salah terpulang kepada mereka.

“Kalau mereka kata tidak ada, tidak pernah bincang, maknanya tidak benar Umno nak bersubahat dengan PKR. Tidak ada pun kerjasama.

“Jadi ada dua perkara di sini. Pertama ada perbualan dan adakah ia tulen; kedua apa yang ada dalam perbualan itu – betul atau tidak?” katanya lagi.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...