Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO.

Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan itu dikeluarkan oleh
Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang memaklumkan beliau hanya tiga orang dibenarkan bersuara bagi pihak parti, iaitu dirinya, Zahid dan Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan.

Nazri bagaimanapun menempelak Ahmad yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Tetapi, dia boleh pergi jahanam. Sekarang ialah 2021 dan UMNO bukannya parti komunis.

“Dan saya sentiasa bercakap untuk diri saya juga,” katanya.

Menurut mesej yang diterimanya, Nazri diingatkan sebarang pendapat peribadi tidak patut menyukarkan lagi hubungan sesama ahli UMNO.

Menurut mesej itu, sebarang pertikaian terbuka hanya akan mengundang laporan negatif dalam media yang tidak akan memanfaatkan parti.

“Jangan layan hasutan media untuk mensensasikan berita. Kita tiada tanggungjawab terhadap mereka.”

Larangan bersuara itu menyusul sehari selepas Nazri dilaporkan berkata, peluang UMNO memenangi pilihan raya umum ke-15 sangat tipis selagi Zahid menjadi ketua gabungan itu dan tonggak kepada UMNO.

Beliau turut mengkritik kepemimpinan Zahid dengan berkata, semakin jelas Zahid tidak lagi mendapat sokongan atau kredibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Katanya, Zahid – yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram – perlu berundur dan membenarkan orang lain memimpin UMNO serta BN. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat