UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR – Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk Seri Najib Razak dari pentas politik menjelang Ogos ini, sekali gus menyambut kemunculan kepimpinan baharu parti dikenali sebagai Umno 3.0.

“Umno 3.0 bakal mempunyai kepimpinan baharu yang akan bekerjasama dengan Bersatu dan PAS,” kata sumber yang hampir dengan perbincangan itu seperti dipetik FMT.

Selain itu, beliau menambah gesaan supaya Zahid berundur dijangka menjadi lebih lantang dalam sedikit masa lagi, terutama dalam kalangan menteri UMNO.

UMNO dikenali sebagai UMNO 2.0 berikutan perpecahan dalam parti itu pada 1987.

Sumber berkata, sejumlah pemimpin parti “sangat setia” kepada Zahid, tetapi apabila dua mereka (Zahid dan Najib) diketepikan, UMNO akan menjadi lebih kuat.”

Beliau berkata, UMNO 3.0 akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang (PRU15) dan akan turun ke gelanggang untuk memenangi sokongan penyokong tegar di luar bandar sebagai parti Melayu terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, seorang lagi sumber dalaman UMNO yang berpihak kepada kem Zahid berkata, kumpulan yang menyokong UMNO 3.0 juga mungkin akan menyingkirkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana beliau merupakan calon pengganti sekiranya Zahid bukan lagi presiden parti itu.

“Mereka akan cuba menyingkirkan beliau juga,” katanya.

“Matlamat akhir mereka ialah untuk menguasai Umno dan menyokong Bersatu. Tetapi apakah itu yang UMNO mahu?,” soalnya.

Zahid terpalit dengan kontroversi baharu membabitkan rakaman audio tular yang didakwa merupakan perbualan telefon antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan berbual selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 bulan lepas, dengan Zahid menyifatkan rakaman tersebut sebagai muslihat jahat untuk menjatuhkan UMNO.

Zahid dan Najib juga berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik masing-masing.

Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang berjumlah berjuta-juta ringgit berkait yayasan kebajikan miliknya, iaitu Yayasan Akalbudi. Perbicaraan kes sedang berjalan.

Dalam pada itu, Najib kini membuat rayuan terhadap sabitan hukuman 12 tahun penjara dan denda berjumlah RM210 juta dalam kes rasuah membabitkan SRC International.

Selain itu, beliau juga berdepan beberapa tuduhan lain berkait 1MDB.

Terdahulu minggu ini, beliau diserahkan notis kebankrapan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkait cukai sebanyak RM1.7 bilion, yang dikatakan merupakan tunggakan cukai dari 2011 hingga 2017.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...