PM Britain Keluar Dari ICU

- Advertisement -

BRITAIN: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang disahkan positif Covid-19 telah keluar dari wad ICU sebuah hospital di London dan kembali menerima rawatan di wad biasa, lapor BBC.

Johnson dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas 10 hari disahkan positif penyakit berkenaan sebelum dimasukkan ke ICU sehari selepas itu.

Jurucakap pejabat Perdana Menteri berkata, “semangatnya berada dalam keadaan yang sangat baik”.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan makluman tentang Johnson telah keluar dari ICU, sebagai berita baik dan berharap beliau cepat sembuh.

Walaupun begitu, di seluruh Britain, jumlah pesakit positif Covid-19, terus meningkat. Setakat Rabu, jumlah kematian akibat dari penyakit tersebut ialah sebanyak 7,978 orang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat