Saya Tak Bersalah, Tak Pernah Jumpa Kontraktor Projek – Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang.

Memetik laporan FMT, Muhyiddin berkata demikian dalam kenyataan yang dibacakan kepada pemberita selepas keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sekadar melaksanakan keputusan Jemaah Menteri yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa,

“Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan.

Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berjumpa kontraktor yang dikatakan mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,” katanya.

Muhyiddin dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas sembilan jam disoal dalam siasatan berkait program Jana Wibawa dan akan didakwa di mahkamah esok.

Presiden Bersatu itu ditahan SPRM pada 1 petang tadi selepas dipanggil untuk diambil keterangan.

SPRM memaklumkan ia mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat