SPRM Sangkal Fitnah Bayar RM10 juta Supaya Wan Saiful Aniaya Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai pertukaran untuk menganiayai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengecam seorang individu, yang mendakwa dirinya penyelidik bebas untuk Wan Saiful, membuat tuduhan itu melalui klip video 44 saat yang dimuat naik ke TikTok.

“Manusia beginilah yang merosakkan kepercayaan masyarakat kepada SPRM,” katanya seperti dipetik FMT.

Azam berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu terbabit kerana memfitnah.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu Mohamad Shafiq Abdul Halim menulis permohonan maaf kepada SPRM.

Menurutnya, dia telah tersilap cakap selepas laskar siber Pakatan Harapan (PH) memprovokasinya dengan meninggalkan komen semasa strim langsung TikToknya, dan video yang dihasilkan telah diedit untuk membuatkan seolah-olah dia membuat dakwaan terhadap SPRM.

Dakwaan itu hanyalah khabar angin yang ingin disahkannya kepada Wan Saiful.

“Saya tidak berniat menuduh mana-mana pihak termasuk Tan Sri Azam Baki di mana video tersebut telah dipotong oleh cyber troopers PH dan disebarkan seolah-olah saya hanya menyebut SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan,” tulis Mohamad Shafiq pada satu hantaran di Facebook.

Semalam, Wan Saiful didakwa dengan dua pertuduhan rasuah berhubung program Jana Wibawa; pertama kerana meminta rasuah dalam jumlah yang tidak ditentukan dan kedua kerana menerima rasuah RM6.96 juta antara 8 Julai 2022 dan 30 Sept 2022.

Bagaimanapun, Wan Saiful melahirkan rasa kesal terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta terhadapnya, berkata pertuduhan itu tidak sepatutnya difailkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat