Sarfarizmal Tanding Ketua Pemuda Bahagian, Mahu Sampaikan Mesej Kepada Rakyat, Ahli Parti

- Advertisement -

LANGKAWI – Bekas Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Haji Sarfarizmal Md Saad menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi dalam sesi pemilihan kali ini.

Menurutnya, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa Umno semakin terbuka dan sedang melakukan amalan demokrasi tulen, dengan memberi peluang besar kepada golongan profesionalisme dan anak muda bawah 40 tahun untuk merebut jawatanjawatan utama peringkat pusat, bahagian dan cawangan.

“Situasi ini agak berbeza ketika zaman terdahulu, bilamana golongan profesionalisme dan anak-anak muda lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi kurang diberi ruang dan peluang untuk merebut jawatan utama parti,” katanya yang merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Baru, Ulu Melaka, Langkawi.

Sarfarizmal yang pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa, perjuangan untuk menarik minat golongan profesionalisme dan anak-anak muda lepasan sekolah dan universiti sudah lama diperjuangkan, namun kini ia menjadi realiti.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Langkawi selama dua penggal itu ditentang oleh dua orang calon lain, iaitu Ismail Zakaria dan Mohd Radhi Abdul Rahim.

“Tidak dinafikan, para pencabar saya merupakan anak muda yang berjasa kepada perjuangan Pemuda Umno di Langkawi. Namun, dikala parti berhadapan dengan situasi muflis kepercayaan rakyat, pada saya kita harus bergerak pada rentak dan cara yang di luar kotak kebiasaan.

“Apatah lagi kita bakal berhadapan dengan jutaan pengundi muda pada PRU16 akan datang, dengan 10.6 juta orang pengundi muda dan pengundi pertama kali pada PRU15 yang lalu, kita semua harus garabkan pemikiran bersama untuk melakukan suatu gerak kerja yang bersifat reformis, lebih empati dan penuh elemen kasih sayang.” Katanya dalam satu kenyataan.

Bekas Setiausaha Sulit Timbalan Menteri dan cucu kepada Tokoh Umno Langkawi 2003 itu tidak meletakkan harapan besar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan tiba tidak lama lagi, sebaliknya garis pandangnya menjangkau masa 10 hingga 15 tahun akan datang terhadap kepercayaan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Untuk PRN yang akan datang ini saya tidak meletakkan harapan besar buat parti. Namun, itu bukanlah nada kecewa atau menyerah. Kita akan teruskan berentap hingga mencapai kejayaan.

“Apa yang lebih besar bagi saya adalah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Kemanakah untung nasib anak-anak Langkawi khususnya? Sekarang mereka di alam pemuda, namun 10 hingga 15 tahun nanti mereka sudah menjengah ke usia lebih dewasa. “Di sinilah kita perlu memperjuangkan ekonomi tempatan yang lebih sofistikated, kestabilan politik yang mengukuh dan kualiti kerja anak-anak setempat yang makin memugar.” Katanya lagi.

Beliau turut memandang bahawa perwakilan di bawah merupakan penentu kepada untung nasib parti ini bagi lima hingga sepuluh tahun ke hadapan.

“Siapa sahaja yang bakal menjadi pemimpin peringkat pusat dan bahagian bakal ditentukan oleh para perwakilan akar umbi. Makanya, untung nasib parti bergantung penuh kepada perwakilan.

“Manakala hala tuju parti pula akan ditentukan oleh para pemimpin yang menang nanti. Soal parti mampu kembali menjadi parti tunggal kerajaan atau tidak, ia bergantung kepada siapa yang diangkat oleh para perwakilan, dan bagaimana pemimpin yang menang itu menyusun strategi bersama pasukannya.” Katanya yang juga Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Untuk rekod, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan mengadakan sesi pemilihan parti di peringkat bahagian secara serentak seluruh negara pada 11 Mac ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat