“Bukan saya yang rosakkan Felda” – Najib

- Advertisement -

BAKRI – Datuk Seri Najib Razak terbuka untuk berdebat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal Felda kerana beliau yakin dirinya bukanlah perosak lembaga itu seperti didakwa.

Pun begitu Najib memberitahu sehingga saat ini Muhyiddin masih belum memberi sebarang isyarat untuk berdebat bersama.

“Tak ada (isyarat), saya bagi soalan pun dia (Muhyiddin) tak jawab.

“Tak boleh la tuduh saya yang merosakkan Felda, sebab umum maklum Felda itu saya warisi daripada Tun Razak Hussein (bapa). Takkanlah saya nak rosakkan Felda,” tegas Najib.

Bahkan kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi, Felda lebih maju sewaktu pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri keenam.

“Malah pada zaman saya Felda lebih maju dan banyak bantuan kebajikan kepada peneroka.

“Mereka terbela lebih-lebih lagi waktu saya jaga Felda,” beritahu Najib.

Pada 6 Mac lalu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencabar Najib berdebat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor isu siapa khianat Felda.

Sebagai respons balas Najib enggan berdebat dengan Azmin sebaliknya berminat untuk berhujah dengan Muhyiddin dengan alasan sarkastiknya muka Azmin tidak jelas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat