“Pakai Baju Logo BN Masa Tidur, Ke Kebun” – Anwar

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang penyokongnya menerima ‘gula-gula’ daripada parti lawan sama ada daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Beliau sebaliknya menggalakkan mereka mengambil semua habuan yang ditabur namun di kertas undi tetap pangkah logo PKR.

Kata Anwar tidak manis sekiranya penyokong PKR dan Pakatan Harapan (PH) menolak rezeki daripada parti-parti politik kerana musim pilihan raya secara tradisinya dimeriahkan dengan ‘gula-gula’ untuk meraih undi.

“Saudara kalau dia bagi RM100 ambil jangan tak ambil, kamu kena ambil tapi pangkah tetap PKR.

“Dan jika UMNO kata mereka jaga Melayu kamu cakap ya..ya..ya. Dia bagi makan kita makan,bagi duit kita ambil.

“… bagi baju jangan pakai sekarang, kalau BN bagi baju pakai nak tidur, jangan pakai siang kalau tak pakai rugi. Tak pun pakai pi kebun biar kambing, lembu, ayam keliru. Ambil jangan tak ambil,” kata Anwar dalam siri kempennya di DUN Gambir disambut gelak tawa hadirin yang hadir.

Pengerusi PH itu malah berharap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini pengundi bijak memilih kerajaan negeri yang berkhidmat untuk rakyat dan tidak menyeleweng wang rakyat.

“Jadi saya harap 12 Mac ini jangan lupa pilihan raya, ambil keputusan itu. Tapi kalau ada peluang orang UMNO,MCA datang bagi duit atau PN jangan lupa ambil.

“… dan bila ambil cakap terima kasih, bagus, BN banyak bagus sudah 62 tahun jaga negara kita percaya kamu, dalam hati kata sebaliknya.

“Dia bagi RM100 ucap terima kasih banyak, kamu memang baik hati. Kita susah sekarang RM100 banyak sekarang tapi (dalam hati) mana kamu curi itu duit? bagi baju pakai malam nak tidur,” seloroh Ketua Pembangkang itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat