Bekas Komando Berhak Sokong Mana-Mana Parti Politik – KVKM

- Advertisement -

PETALING JAYA – Adalah menjadi hak individu termasuk bekas anggota komando untuk menyokong mana-mana parti politik di negara ini.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Sani Osman berkata, kesetiaan bekas anggota keselamatan termasuk komando tidak perlu dipertikai hanya kerana menyokong sesebuah parti politik.

Malah katanya, Patriot tidak perlu memburuk-burukkan nama ahli KVKM khususnya pesara Gerup Gerak Khas (GGK) hanya disebabkan politik.

“Janganlah kerana mereka tidak menyokong pihak kamu (Patriot), kamu membidas ahli-ahli KVKM. Berpolitik secara matang. Kepada Patriot saya nasihatkan carilah isu-isu yang lebih berfaedah untuk memenangkan parti yang kamu sokong.

“Jangan berselindung di sebalik nama Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) pada hal kamu merupakan penyokong salah sebuah parti yang bertapak di Malaysia ini.

“Pesara komando semua sudah berpencen. Itu hak kebebasan bersuara dan hak mereka nak sokong mana-mana parti demi kebaikan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini .

Sebelum itu, Patriot membidas beberapa ahli KVKM yang memakai beret hijau bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat