PM Seru Lebih Banyak Penyelidikan Tingkatkan Kualiti Agromakanan Negara

- Advertisement -

MERSING – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar lebih ramai penyelidik tempatan dalam pelbagai bidang kepakaran tampil mengetengahkan penyelidikan dan pembangunan dan menggembleng tenaga bagi membangunkan inovasi agromakanan negara terutamanya padi.

Beliau mengambil contoh kerjasama MOSTI dengan syarikat Pengeluar Padi Sah di Sekinchan Agensi Nuklear telah berjaya membangunkan Loji Pengeluaran Benih Asas Padi IS21 mengikut piawaian antarabangsa sekaligus menghasilkan benih sah yang berkualiti tinggi.

“Benih padi yang diberi nama IS21 ini merupakan benih padi baharu berteknologi tinggi yang telah dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia, iaitu sebuah agensi penyelidikan dalam bidang nuklear di bawah MOSTI.

“Alhamdulillah, para pesawah dan petani yang telah menggunakan padi benih IS21 ini telah memberi maklum balas positif,” katanya semasa Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada komuniti Endau, di FELCRA Sri Mahkota Endau, hari ini.

Lebih istimewa katanya, kos pengurusan sawah juga dapat dikurangkan memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak.

Selain itu benih padi IS21 ini mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah.

“Selain itu, baka padi IS21 ini juga berpotensi menghasilkan padi sehingga 9 tan sehektar mengikut kawasan penanaman dan amalan kultura pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan.

“Saya yakin dengan bantuan benih padi daripada program CSR yang dianjurkan ini, pesawah juga akan mendapat pulangan yang lebih baik,” katanya.

Ismail Sabri turut mengajak golongan belia dan anak muda supaya turut sama menyemai minat untuk menceburi pertanian moden.

Mnurutnya sektor pertanian menawarkan pelbagai peluang yang boleh diterokai mereka kerana pertanian moden mampu meningkatkan taraf hidup, meningkatkan sumber pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan.

“Insya-Allah negara mampu melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang mahir dan arif dengan penggunaan teknologi dan inovasi dalam industri pertanian.

“Saya yakin, dalam hal ini, MOSTI juga dapat membantu memperkenalkan pelbagai teknologi dan inovasi yang mampu merancakkan sektor pertanian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat