Penyatuan Umno-Pas hanya akan berakhir dengan sakit hati – Puad

KUALA LUMPUR – Penyatuan politik Umno-Pas dijangka tidak akan berjaya kerana ia bersifat sementara dan akan berakhir dengan sakit hati, kata Datuk Puad Zarkashi.

Beliau mendakwa Pas akan gunakan Umno hanya untuk mendapatkan kuasa semata mata.

“Kalau ada perbincangan penyatuan Umno-Pas dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan datang saya menjadi ahli MKT pertama akan bercakap membantah cadangan tersebut.

“Ia bukan idea bagus. Saya percaya penyatuan atas nama politik tidak akan berjaya, bersifat sementara dan akan berakhir dengan sakit hati.

“Sebabnya, kalau Pas boleh salah gunakan agama maka apatah lagi dengan Umno. Pas akan gunakan Umno hanya untuk mendapatkan kuasa semata mata.

“Atas kertas memang cantik. Tetapi Pas ada penyakit politik yang sukar disembuhkan. Pas suka berkahwin cerai politik. Cepat berkahwin tetapi cepat juga bercerai,” kata Adun Rengit itu.

Kata Speaker DUN Johor itu lagi, masalahnya bila bercerai, gabungan politik itu akan tutup kedai selama lamanya.

“Pas pernah menyertai APU (Angkatan Perpaduan Ummah), BA (Barisan Alternatif), Pakatan Rakyat (PR) dan Perikatan Nasional (PN).

“Semua gabungan itu telah berkubur.

“PN hanya menunggu masa sahaja. Lebih baik tubuh kerjasama longgar. Ia mesti menyeluruh. Bukan setakat untuk PRU. Kalau kedua pihak ikhlas ia akan kuat dengan sendirinya,” ujar Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat