Kepengerusian ASEAN beri manfaat kepada Malaysia, rakan serantau – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepengerusian ASEAN merupakan satu kesempatan untuk membina kekuatan bersama rangkaian ASEAN yang akan turut memberi manfaat kepada Malaysia bersama rakan-rakan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) hari ini, telah mengangkat kepentingan forum itu dalam memberi ruang untuk mencari jalan mengangkat kekuatan ekonomi negara dan membincangkan bidang-bidang baharu serta turut mengambil contoh industri semikonduktor di negara ini.

“Marcapada menuntut kesiapsiagaan dan kepantasan mana-mana negara termasuk Malaysia untuk meneroka bidang baharu agar tidak ketinggalan di pentas antarabangsa.

“Untuk mengangkat kekuatan ekonomi, keamanan, kestabilan politik perlu melalui dasar yang jelas agar dasar ekonomi dapat memangkin kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.

“Menyentuh mengenai ASEAN 2025, saya maklumkan bahawa sebagai Pengerusi, Malaysia akan mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa, menerusi lawatan pemimpin negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia serta Jepun,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat