Kunci Tayar Kenderaan Tidak Sah, MPKB-BRI Akur Keputusan Mahkamah Rayuan

- Advertisement -

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan mengenai undang-undang kunci tayar adalah tidak sah kerana bertentangan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin, berkata pihaknya sudah mengarahkan peguam cara yang dilantik untuk memohon alasan penghakiman penuh berkaitan keputusan kes itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.

“Justeru, berkuat kuasa 8 Disember 2022 (hari ini), tindakan kunci tayar bawah Perintah 17 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000 akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang diberitahu kelak.

“MPKB-BRI sudah mengarahkan peguam cara Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz (Panel Peguam MPKB-BRI) untuk memohon alasan penghakiman penuh berkaitan dengan keputusan kes itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar dikuat kuasa MPKB-BRI adalah tidak sah kerana bertentangan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Panel tiga hakim membabitkan Datuk Hashim Hamzah, Datuk Abdul Karim Jalil dan Datuk Supang Lian, membuat keputusan itu secara sebulat suara.

Hashim berkata, ia susulan Perintah 17 Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ‘ultra vires’ atau melampaui Seksyen 72(7) APJ 1987.

Bagaimanapun, Perintah 8 di bawah perintah sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan parkir kereta.

Dengan keputusan itu, MPKB-BarI tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di petak parkir, sebaliknya hanya boleh mengenakan kompaun.

Perayu dalam kes itu ialah Nursyafawati Kasim yang diwakili peguam; Hisham Fauzi, Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing, manakala peguam Marwalis Adam dan Shaharuddin Mohamed mewakili MPKB. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat