Annuar Musa ‘Aktifkan’ Muafakat Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan akan menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) dan berperanan sebagai presiden dalam organisasi berkenaan.

Melalui satu kenyataan media Annuar berkata, keputusan untuk menggerakkan badan berkenaan dibuat selepas mengambil kira keperluan satu organisasi bebas bagi meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah perpaduan dan penyatuan yang sejati yang kini dilihat semakin rapuh.

“Matlamat Muafakat Nasional adalah seperti yang termaktub dalam perlembagaannya yang telah secara rasmi didaftarkan serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 19 September 2019 dan nombor pendaftaran adalah PPM-009-10-19092019,” katanya melalui kenyataan media berkenaan.

Dalam kenyataan sama, Annuar menyatakan badan tersebut berpegang tegub kepada lima matlamat yang telah dirasikan seperti berikut;

1) Menjunjung Dan Mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.

2) Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

3) Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

4) Membentuk Kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

5) Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Sementara itu, badan berkenaan juga akan mengadalan sesi meja bulat yang bakal menghimpunkan tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin NGO yang terlibat dalam pelbagai bidang dan kepakaran.

Muafakat Nasional sebelum ini merupakan sebuah gagasan kerjasama antara PAS dan UMNO yang dicetuska hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai di antara kedua parti berkenaan.

Walau bagaimanapun, pada Oktober 2022, PAS secara rasmi telah menarik diri daripada gagasan berkenaan dan menyokong Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat