Gara-gara ‘Lempar’ Kucing, Peminat Bola Sepak Harap Brazil Kalah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Gara-gara insiden seorang pegawai pasukan bola sepak Brazil ‘melempar’ seekor kucing ketika sidang media berlangsung mengundang kecaman ramai terhadap tindakan tersebut.

Memetik laporan VocketFc, ketika insiden berlaku, pemain sayap Brazil, Vinicius Junior sedang menjawab soalan diajukan wartawan sebelum seekor kucing tiba-tiba melompat naik ke atas meja.

Vinicius bagaimanapun hanya ketawa melihat gelagat kucing itu namun pegawai tersebut bertindak sebaliknya dengan mengangkat kucing secara kasar lalu ‘melemparkannya’ ke ke bawah meja.

Tambah portal itu lagi, video rakaman insiden tersebut menjadi tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman dan rasa marah dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Malah, ada di antara mereka berharap Brazil kalah dan tidak memenangi Piala Dunia tahun ini kerana tidak menghormati haiwan itu.

“Kenapa dia mengangkat kucing dengan cara itu… saya harap Brazil tidak menang Piala Dunia sekarang,” kata seorang netizen.

Manakala seorang netizen lain berkata, “jika Brazil kalah, ia 100 peratus kerana sumpahan kucing itu ke atas mereka (Brazil)”.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat