Salahuddin Akui Bekalan Telur dan Minyak Masak Kurang Di Pasaran

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui bekalan telur dan minyak masak bersubsidi berkurangan di pasaran.

Ia selepas satu lawatan mengejut di beberapa kedai runcit dan pasar awam yang terletak di sekitar Putrajaya pada pagi Khamis.

Menerusi hantaran di media sosialnya, Salahuddin berkata, satu mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan diadakan Jumaat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, saya tergerak hati untuk singgah di kedai runcit dan pasar awam di Putrajaya.

“Dapatan saya jelas menunjukkan terdapat kekurangan bekalan telur gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi kemasan polibeg 1 kilogram di pasaran runcit,” katanya.

Isu kekurangan bekalan telur dan minyak masak polibeg terus berlanjutan hampir setahun meskipun pelbagai tindakan telah diambil kerajaan sebelum ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan harga baharu telur bagi mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel.

Bagaimanapun Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam kenyataan keesokan harinya tidak memaklumkan harga baharu telur sebaliknya telur akan dibawa masuk bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat